X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki guna beg penghantaran makanan edar air ketum diberkas

Bungkusan air dan daun ketum yang dirampas di Taman Sri Timah di sini pada Isnin.
A
A

KAJANG - Seorang lelaki disyaki mengedar air ketum dengan menggunakan beg perkhidmatan penghantaran makanan ditahan di Taman Sri Timah di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, lelaki berusia 26 tahun itu ditahan pada jam 5 petang.

"Hasil pemeriksaan di dalam beg terbabit, kita menjumpai 23 bungkusan disyaki air ketum, 36 bungkusan daun ketum segar dan satu plastik daun ketum basah yang dianggarkan bernilai RM487.40.

"Jumlah keseluruhan rampasan daun dan air ketum itu dipercayai boleh dibekalkan kepada 20 hingga 50 orang," katanya melalui kenyataan pada Selasa.

Mohd Zaid berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek menjalankan pengedaran air ketum dengan menggunakan kenderaan sendiri di sekitar Lembah Klang sejak sebulan lalu.

"Suspek ditahan reman empat hari bermula hari ini (Selasa) hingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!