Warden wanita sekolah Henry Gurney direman akibat dadah

Seorang warden wanita Sekolah Henry Gurney (SHG) Telok Mas ditahan reman pada Isnin kerana didapati positif dadah.
Seorang warden wanita Sekolah Henry Gurney (SHG) Telok Mas ditahan reman pada Isnin kerana didapati positif dadah.
A
A
A

MELAKA - Seorang warden wanita di Sekolah Henry Gurney (SHG) ditahan reman selama tiga hari sehingga Khamis bagi membantu siasatan selepas disyaki terlibat dadah.

Wanita berusia 40 tahun memiliki lapan anak itu juga didakwa bermasalah di tempat kerja sebelum dibawa oleh penyelia sekolah berkenaan ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Melaka Tengah dan dia ditahan kira-kira jam 7.15 malam pada Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Superintendan Zulkiflee Rashid berkata, hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine (AMP) dan syabu.

Menurutnya, pemeriksaan di rumah suspek di Serkam bagaimanapun tidak menemukan sebarang bahan terlarang dan berdasarkan soal siasat wanita itu mengaku telah bekerja sebagai warden di SHG di Telok Mas selama 16 tahun.

Tambah Zulkiflee, siasatan lanjut mendapati suspek dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dadah sejak lima tahun lalu.

"Dia kini direman selama tiga hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Suspek boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan," katanya.

Artikel Berkaitan: