Aksi Maya Karin selfie dalam sungai jadi ikutan

Instagram Maya Karin
Instagram Maya Karin
A
A
A

RAMAI yang sedia maklum, pelakon dan penyanyi Maya Karin adalah seorang yang cintakan alam sekitar dan sering memperjuangkan tentang isu tersebut.

Tidak sekadar bermusim, tetapi pelakon filem Munafik 2 ini semenjak dulu lagi sentiasa menunjukkan keprihatinannya dalam pelbagai cara untuk mengajak masyarakat menjaga alam sekitar.

Terbaru, Maya menerusi laman twitternya telah berkongsi sekeping fotonya yang sedang menikmati keindahan sungai dengan menggunakan hashtag #RiverOfLife.

Perkongsian itu juga adalah bersempena pelantikannya sebagai duta ikon River of Life oleh Kementerian Wilayah Persekutuan selama setahun bermula bulan ini.

Di luar jangkaan Maya, perkongsian tersebut telah menarik perhatian ramai netizen yang turut beraksi serupa di lokasi sungai seluruh negara dan memuat naik gambar yang diambil itu di laman sosial masing-masing dengan menggunakan hashtag yang sama, #RiverOfLife, selain meletakkan nama pelakon itu sebagai tanda sokongan.

No Image Caption

Menariknya ia tidak hanya melibatkan golongan dewasa sahaja, tetapi juga di kalangan kanak-kanak dan remaja yang tampil dengan pelbagai aksi yang cukup kreatif.

Bagi menghargai sokongan tersebut, Maya turut memuat naik gambar-gambar yang menggunakan hashtag #RiverOfLife itu di laman sosialnya.

Artikel Berkaitan:

Apa pun semoga usaha Maya ini dicontohi selebriti lain dan sama-sama memberikan contoh dan pengaruh yang baik kepada peminat serta masyarakat amnya.