Bekas penjawat awam didenda RM25,000 terima suapan

Abd.Rahim (kiri) menutup muka selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu kerana menerima suapan RM4, 000, pada empat tahun lalu.
Abd.Rahim (kiri) menutup muka selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu kerana menerima suapan RM4, 000, pada empat tahun lalu.
A
A
A

MELAKA - Seorang bekas penjawat awam didenda RM25,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan menerima suapan RM4,000 ketika bertugas di Jabatan Perikanan Negeri.

Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin membuat keputusan itu terhadap tertuduh, Abd Rahim Ali, 63, yang juga bekas penolong pegawai di jabatan berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh sebagai seorang penjawat awam iaitu Penolong Pegawai Perikanan yang bertugas di Cawangan Pengembangan dan Pemindahan Teknologi telah menerima suapan wang tunai RM4,000 daripada seorang individu, Rahim Maarof, 60.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh sebagai upah untuk memberikan kerja-kerja pembekalan tong insulasi 75 liter sebanyak 90 unit bagi program Touch Point jabatan berkenaan di Jabatan Perikanan Melaka di Batu Berendam antara jam 11.30 pagi hingga 1 petang pada 8 Ogos 2017.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Irwan Shah Abdul Samat memohon hukuman setimpal diberikan sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan masyarakat.

Tertuduh yang diwakili Peguam Augustus Walter CN Jacobs, bagaimanapun merayu hukuman ringan diberikan.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM25,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Artikel Berkaitan: