Pemansuhan syarat i-Sinar bakal lahirkan ramai usahawan IKS baru

ADI FARHAN
ADI FARHAN
A
A
A

SHAH ALAM – Pemansuhan syarat pengeluaran i-Sinar bakal memberi impak besar kepada rakyat yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19 melanda negara sejak tahun lalu.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Adi Farhan Isa berkata, keputusan itu dilihat dapat melahirkan lebih ramai usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) baru.

Katanya, ini kerana pemohon boleh menggunakan wang tersebut sebagai modal permulaan atau memperkukuhkan perniagaan sedia ada.

“Biarpun sebelum ini terdapat pelbagai rintangan dan kekangan dalam meluluskan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat, ternyata Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sentiasa mendengar denyut nadi dan keperitan hidup rakyat.

“Kita menyedari sejak penularan wabak Covid-19 ini banyak perniagaan terjejas, ada pekerja kehilangan kerja dan ramai juga mengalami pengurangan pendapatan.

“Jadi pengeluaran i-Sinar ini mampu membantu golongan peniaga menampung kemelesetan ekonomi manakala pekerja yang dibuang kerja mungkin dapat menggunakan wang itu sebagai modal perniagaan dan membina pendapatan baharu,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa

Dalam pada itu, Adi Farhan berharap pemohon yang layak supaya menguruskan kewangan dengan bijak serta berhemah.

“Biro Keusahawanan Armada Nasional juga berharap mereka yang layak mengeluarkan i-Sinar supaya bijak menggunakan wang tersebut untuk menjalani kehidupan dan tidak melakukan pembaziran perbelanjaan ke atas perkara yang tidak penting.

Artikel Berkaitan:

“Segala usaha dilakukan kerajaan sepanjang tempoh pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah untuk memastikan rakyat dapat terus menikmati kesejahteraan hidup,” katanya.