68,003 dalam kumpulan sasar KPWKM terima suntikan vaksin fasa pertama

 Datuk Seri Rina Mohd Harun
Datuk Seri Rina Mohd Harun
A
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 68,003 individu dalam kumpulan sasar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) akan menerima suntikan vaksin dalam fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, mereka yang terlibat terdiri daripada 48,564 warga emas merangkumi ahli Pusat Aktiviti Warga Emas dan penghuni institusi seliaan KPWKM serta 19,439 orang kurang upaya (OKU) berdaftar yang juga pelatih Program Pemulihan Dalam Komuniti.

"Saya menyambut baik dan berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi keutamaan kepada kumpulan sasar kementerian saya serta frontliners kami iaitu petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapat suntikan vaksin bagi fasa pertama," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Rina turut mencadangkan agar institusi untuk warga emas dan OKU yang diselenggara oleh pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diberi keutamaan bagi mendapatkan suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan secara berfasa bermula 26 Februari ini. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menerima suntikan vaksin itu pada hari pertama pelaksanaan program berkenaan bersama-sama petugas barisan hadapan. - Bernama

Artikel Berkaitan: