X

Kindly register in order to view this article
!

19 ditahan rai Tahun Baharu Cina langgar SOP, main judi

A
A

BATU PAHAT - Seramai 19 individu ditahan kerana meraikan sambutan Tahun Baharu Cina dan bermain judi terup di sebuah rumah inap di Taman Suria, dekat sini sekali gus didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) malam Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, dalam serbuan 11.45 malam itu, 11 daripada 19 individu itu didapati sedang leka bermain judi daun terup.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 11 lelaki dan lapan wanita berusia lingkungan 20 hingga 42 tahun. Turut dirampas 104 helai daun terup serta wang tunai RM2,612,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati kesemua mereka datang dari Seremban, Batu Pahat dan Kluang itu telah menyewa rumah inap berkenaan selama tiga hari bermula 13 Februari untuk meraikan perayaan itu.

Ismail berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 6(1), Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan masing-masing dikompaun RM1,000 kerana melanggar PKP di bawah Perkara 16 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!