Dia akan cetuskan 'sesuatu' : Ogy Ahmad Daud

Pelakon, Ogy Ahmad Daud
A
A

PELAKON, Fauziah Ahmad Daud atau Ogy, tampil menyifatkan pelakon Nad Zainal seorang pelakon yang cemerlang.

"Dia aktres yang sangat bagus. Dia aktres yang berusaha dengan gigih untuk berada di tahapnya sekarang.

"Setiap kali dia muncul di drama atau filem dia akan mencetuskan 'sesuatu' kepada watak-watak yang dilakonkan.

"Dia berfikir, bernafas, bergerak, bersatu dengan watak-watak yang diberi," puji Ogy di Instagram miliknya.

Ogy, 57, yang juga pemenang Pelakon Wanita Terbaik Drama TV pada Anugerah Seri Angkasa 2016, berkata, Nad mempunyai bakat yang besar sehinggakan meninggalkan kesan kepada penonton termasuk dirinya.

"Pengisian emosi dan penghayatan mendalam serta variasi di dalam lakonan yang dipaparkan @nad.zainal begitu segar serta meninggalkan kesan yang sukar dilupakan kepada penonton termasuk saya.

"Sebutir 'BERLIAN' yang sedang menyinari persada seni tanahair, Pelakon Wanita Terbaik yang sangat merendah diri dan Kak Ogy peminat Nad Zainal. I Love You & I Love Your Work," ucap Ogy berserta video rakaman Huru Hara talk show di IOI City Mall.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia