Budak 12 tahun tembak penjenayah pecah masuk rumah nenek

Rumah Ellis dipecah masuk penjenayah - Foto ABC News
Rumah Ellis dipecah masuk penjenayah - Foto ABC News
A
A
A

GOLDSBORO - Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun menembak mati penjenayah yang memecah masuk rumah neneknya di Goldsboro, North Carolina pada Isnin.

Menerusi laporan ABC News, polis Goldsboro menerima laporan berhubung insiden tembakan kira-kira jam 12.34 pagi (waktu tempatan) pada Sabtu.

Polis memberitahu, dua lelaki bertopeng telah memecah masuk sebuah rumah dan memeras ugut seorang wanita dipercayai nenek kepada kanak-kanak berkenaan, Linda Ellis, 73.

Demi mempertahankan diri mereka, kanak-kanak tersebut melepaskan tembakan dan terkena salah seorang suspek sebelum mereka melarikan diri.

Bagaimanapun, polis menemukan suspek, Khalil Herring, 19, yang terbaring di persimpangan jalan di Goldsboro sebelum dikejarkan ke hospital, namun telah disahkan meninggal dunia.

Polis kini memburu seorang lagi suspek yang berjaya melarikan diri.

Sementara itu, Ellis yang mengalami luka ringan juga dimasukkan ke hospital.

Artikel Berkaitan: