Selangor laksana saringan komuniti sekitar Seksyen 19, Shah Alam esok

Kerajaan Selangor bakal laksanakan ujian saringan bersasar komuniti secara percuma di Dewan MBSA Seksyen 19, Shah Alam pada Rabu.
Kerajaan Selangor bakal laksanakan ujian saringan bersasar komuniti secara percuma di Dewan MBSA Seksyen 19, Shah Alam pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM- Kerajaan Selangor akan melaksanakan ujian saringan (Covid-19) bersasar komuniti secara percuma di dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Seksyen 19, di sini pada Rabu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ujian saringan bersasar itu dilaksanakan dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

Menurutnya, penduduk di Seksyen 15, 17,18,19,20 dan Seksyen 24 digalakkan hadir menjalani ujian saringan yang merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi menangani Covid-19.

"Khusus buat penduduk di Shah Alam, saringan komuniti akan dilaksanakan esok bermula jam 9 pagi hingga 4 petang di Dewan MBSA Seksyen 19.

"Daftar di screening.selangkah.my," katanya menerusi kenyataan di muat naik di Facebooknya pada Selasa.

Artikel Berkaitan: