Chelsea tidak boleh terlalu selesa

Pemain Chelsea meraikan kemenangan berkenaan.
Pemain Chelsea meraikan kemenangan berkenaan.
A
A
A

KESEBELASAN Chelsea tidak boleh terlalu selesa berikutan kemenangan 2-0 ke atas Newcastle yang menyaksikan The Blues kini kembali pada kedudukan empat pasukan teratas (top four) Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sebaliknya pengendali The Blues Tomas Tuchel mengingatkan kesebelasan pemain untuk terus bekerja keras dalam usaha melakar lebih banyak kejayaan pada perlawanan-perlawanan akan datang.

“Bagi saya, mereka (pemain) tidak boleh berasa terlalu selesa dengan kemenangan ini kerana perjalanan kita masih jauh dan kedudukan kita ketika ini juga tidak jauh berbeza dengan pasukan-pasukan lain.

“Oleh itu, saya berharap pemain-pemain kita akan terus bekerja keras untuk mengharungi perlawanan-perlawanan akan datang dalam usaha mengukuhkan lagi kedudukan kita,” katanya.

Aksi di Stamford Bridge pada awal pagi Selasa menyaksikan Oliver Giroud membuka jaringan buat Chelsea pada minit ke-39 sebelum Werner menambah gol kedua pada minit ke-39 bagi mengesahkan kemenangan.

Kemenangan itu menyaksikan The Blues kini kembali dalam kelompok empat pasukan teratas (top four) EPL dengan 42 mata.

Sementara itu Tuchel turut menegaskan bahawa posisi serangan di sebelah kiri bakal menjadi milik Timo Werner setelah bintang Jerman itu mempamerkan aksi menakjubkan pada perlawanan berkenaan.

Menurut Tuchel posisi berkenaan dilihat bersesuaian dengan pemain berusia 26 tahun itu kerana ia memberikan peluang kepadanya untuk bergerak bebas dan membuka ruang kepada rakan-rakan sepasukan.

Artikel Berkaitan:

“Tanggungjawab kami adalah untuk mencipta peluang dan melakukan serangan bagi melepasi kawalan pertahanan lawan.

“Di sini, saya mengarahkan pemain-pemain lain untuk memanfaatkan kepantasan yang dimiliki Werner bagi mencipta peluang-peluang gol di sepanjang perlawanan,” katanya.