X

Kindly register in order to view this article
!

Jangan bimbang kesan sampingan vaksin Covid-19: Muhyiddin

Muhyiddin berucap pada majlis pelancaran Buku Panduan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
A
A

PUTRAJAYA - Orang ramai dinasihati agar tidak perlu bimbang terhadap kesan sampingan selepas menerima vaksin Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana saringan sejarah kesihatan akan dilakukan terhadap individu sebelum disahkan layak menerima vaksin.

"Ini bagi memastikan individu yang tidak sesuai menerima vaksin tidak diberi suntikan vaksin Covid-19," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan laman sesawang www.VaksinCovid.gov.my.

Menurutnya, seperti vaksin lain, vaksin Covid-19 mempunyai kesan sampingan yang ringan.

"Antaranya adalah bengkak di bahagian yang telah disuntik selain keletihan, sakit kepala, sakit otot, sakit sendi, menggigil dan demam," katanya.

Beliau berkata, walaupun kesan sampingan serius seperti anafilaksis boleh berlaku, namun ia jarang berlaku.

"Sekiranya terdapat kesan sampingan serius, rawatan segera akan diberikan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli politik penerima vaksin Covid-19 fasa pertama

Muhyiddin berkata, pemantauan berterusan akan dibuat bagi menilai keberkesanan dan keselamatan vaksin sepanjang Program Imunisasi Covid-19 dilaksanakan.

“Tindakan penambahbaikan akan dibuat berdasarkan kepada hasil pemantauan dan penilaian program secara berterusan,” katanya.

Malaysia akan menerima bekalan vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech pada Ahad ini.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan dilaksana pada 26 Februari merangkumi barisan hadapan dan ahli politik.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!