X

Kindly register in order to view this article
!

Pemuda Pas diminta solat hajat, doakan kesihatan Abdul Hadi

Hantaran Khairil Nizam di Facebook mengarahkan semua ahli Pemuda Pas mendirikan solat hajat pada hari ini.
A
A

SHAH ALAM - Pemuda Pas seluruh negara diminta mendirikan solat hajat pada Selasa memohon ALLAH SWT memberikan kesihatan berpanjangan kepada presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, beliau mengarahkan semua Pemuda Pas berbuat demikian dengan mengambil keberkatan bulan Rejab yang mulia.

“Semoga Ayoh Chik (Abdul Hadi) dapat kembali membimbing, memimpin dan mendidik kita semua seperti sedia kala, Ameen,” katanya di Facebook pada Selasa.

Pada malam Isnin, tular di media sosial menyatakan Presiden Pas itu dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya jam 7.50 malam kerana mengalami sesak nafas sebelum dirujuk ke IJN untuk rawatan susulan, jam 9.50 malam.

Menurut anak beliau dalam kenyataan di Facebook, Muhammad Khalil mengesahkan bapanya stabil dan kini dirawat di IJN.

"Saya baru bercakap dengan ayahanda Tuan Guru sebentar tadi. Keadaan beliau stabil dan perlukan rehat. Mungkin kepenatan kerana jadual yang padat.

"Mohon doa daripada semua semoga beliau terus sihat untuk berkhidmat kepada ummah, " katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!