Guna ular soal siasat suspek pencuri

Suspek menjerit ketakutan hingga dia akhirnya mengakui perbuatannya.
Suspek menjerit ketakutan hingga dia akhirnya mengakui perbuatannya.
A
A
A

JAKARTA - INDONESIA. Polis Indonesia memohon maaf dan berjanji akan mengambil tindakan disiplin selepas anggota mereka menggunakan ular terhadap suspek pencuri ketika sesi soal siasat di Papua, menurut laporan media pada Isnin.

Rakaman yang menjadi tular di internet menunjukkan seorang lelaki disoal siasat kerana disyaki mencuri telefon bimbit.

Dia menjerit ketakutan selepas reptilia terbabit melingkari lehernya.Anggota penyiasat itu juga mengugut untuk memasukkan ular terbabit ke dalam mulut dan seluarnya.

Suspek akhirnya mengaku pernah mencuri telefon bimbit sebanyak dua kali.

Susulan itu, polis mengesahkan insiden itu berlaku ketika operasi jenayah kecil di daerah Jayawijaya.

"Kami akan mengambil tindakan terhadap pegawai yang melakukan salah laku tersebut. Mereka akan dipindahkan ke tempat lain," kata Ketua Polis Jayawijaya, Tonny Ananda Swadaya. - Agensi

Artikel Berkaitan: