X

Kindly register in order to view this article
!

Hadi Awang dikejarkan ke hospital

A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dimasukan ke hospital.

Menurut beliau, Ahli Parlimen Marang itu dilaporkan dalam keadaan stabil menerusi satu hantaran di Facebooknya sebentar tadi.

Sementara itu, tular satu kenyataan yang mendakwa Hadi Awang telah dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya.

Kenyataan itu mendakwa, beliau dibawa ke hospital itu pada pukul 7.50 malam kerana mengalami sesak nafas.

Difahamkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan turut berada di hospital tersebut.

Menurut kenyataan itu, doktor memaklumkan bahawa keadaan Abdul Hadi stabil.

"Jantung beliau lemah berkemungkinan disebabkan dalam keadaan penat," kata kenyataan itu.

Katanya, doktor telah memaklumkan bahawa Abdul Hadi akan dirujuk ke Institut Jantung Negara untuk rawatan susulan. Beliau juga akan membuat ujian swab di IJN.

Difahamkan, beliau dibawa ke institut tersebut pada pukul 9.50 malam dengan menggunakan ambulans.

Sementara itu, Sinar Harian masih mendapatkan pengesahan berhubung status Abdul Hadi dengan pegawainya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!