X

Kindly register in order to view this article
!

Annuar Musa sedia beri kerjasama kepada polis

Annuar Musa
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa sedia memberi kerjasama kepada pihak polis susulan dakwaan beliau tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila menghadiri satu jamuan baru-baru ini.

"Ia (siasatan) harus berjalan, jangan ada layanan dua darjat, kalau ada aduan perlulah disiasat dan dapatkan apa yang sebenarnya berlaku," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan bantuan di Chow Kit di sini pada Isnin.

Katanya, beliau difahamkan polis telah memanggil pihak penganjur majlis berkenaan untuk memberi keterangan serta membantu siasatan berhubung perkara itu, dan beliau turut meminta masyarakat menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa serta berhenti membuat spekulasi.

Sebelum ini tular di media sosial gambar Annuar bersama beberapa individu duduk di meja sambil menikmati jamuan tanpa penjarakan fizikal di sebuah majlis pada Sabtu lepas.

Terdahulu, Annuar menyerahkan bantuan barangan keperluan sumbangan Yayasan Wilayah Persekutuan kepada peniaga, Saniah Taib, 55, yang menyara anak orang kurang upaya (OKU).

ARTIKEL BERKAITAN: Polis siasat Annuar Musa didakwa tidak patuh SOP

Nasib Saniah mula mendapat perhatian warga maya susulan kisahnya yang perlu mengusung anak OKU ke merata tempat sekitar Chow Kit dan Jalan Tunku Abdul Rahman ketika menjaja barang permainan demi mencari rezeki, menjadi tular di media sosial.

Annuar berkata pihak kementerian akan segera membantu Saniah mendapatkan tempat tinggal yang lebih selesa. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!