Jangan menjadi ejen perpecahan: Wan Saiful

Datuk Wan Saiful Wan Jan. Gambar kecil: Datuk Saarani Mohamad
Datuk Wan Saiful Wan Jan. Gambar kecil: Datuk Saarani Mohamad
A
A
A

SHAH ALAM – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan meminta semua pihak supaya tidak menjadi ejen perpecahan kepada perpaduan serta persefahaman antara parti termasuk UMNO dan Pas.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad yang memberi kata dua kepada Bersatu pada Ahad.

Menurutnya, tindakan Saarani merupakan satu perkara yang malang kerana ia tidak membawa sebarang manfaat kepada perpaduan politik orang Melayu.

“Bersatu selama ini tidak membangkitkan isu berkaitan kerusi yang hendak dipertandingkan dalam pilihan raya umum.

“Kita sentiasa berpegang dengan pandangan bahawa biarlah perkara sebegini diselesaikan secara harmoni di meja rundingan. Jangan sesiapa pun menjadi ejen perpecahan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, soal kerusi perlu diserahkan kepada kepimpinan tertinggi pusat Bersatu, Pas dan UMNO untuk berbincang mengenai perkara berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Strategi Saarani jinakkan pembangkang

“Sekarang ini rakyat sedang susah. Mengapa perlu dibangkitkan soal kerusi ketika rakyat perlukan bantuan. Kita patut kuatkan kerjasama untuk menangani masalah rakyat. Bukannya sengaja mahu bawa pecah belah.

Artikel Berkaitan:

“Kalau kita berpecah, yang akan bergembira hanya musuh-musuh politik kita,’’ ujarnya.

Pada Ahad, Saarani memberi kata dua kepada Bersatu supaya tidak bertanding di kerusi yang dimenangi UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau yang juga Menteri Besar Perak berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dan bertegas supaya semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu kekal ditandingi UMNO pada PRU15.