Lelaki warga emas rentung dalam kebun jambu

Kebakaran lalang menemukan mayat seorang lelaki dalam keadaan rentung di Taman Ampang, Ipoh.
Foto JBPM Perak
Kebakaran lalang menemukan mayat seorang lelaki dalam keadaan rentung di Taman Ampang, Ipoh. Foto JBPM Perak
A
A
A

IPOH - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran di pondok sebuah kebun jambu batu di Tambun di sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.55 petang itu, mangsa yang masih belum dikenal pasti identitinya ditemukan di bawah timbunan zink.

Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Muhamad Shahrizal Aris berkata, seramai 14 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh bergegas ke lokasi kejadian.

“Pada awalnya pihak bomba menerima laporan kebakaran lalang, namun setibanya di lokasi kejadian, rupanya ia membabitkan sebuah pondok yang musnah kira-kira 90 peratus.

“Api berjaya dikawal kira-kira limit minit kemudian dan pemeriksaan menemukan mangsa yang telah rentung di bawah timbunan zink,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini pada Isnin.

Beliau berkata, kerja membawa keluar mangsa dilaksanakan untuk diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan selanjutnya.

“Unit Forensik Bomba tiba bagi menjalankan siasatan punca sebenar kebakaran itu,” katanya.

Artikel Berkaitan: