X

Kindly register in order to view this article
!

JTK ambil tindakan majikan gagal sedia kemudahan

Mohd Hajazy ketika meninjau penempatan pekerja di dua tapak pembinaan di Kuala Terengganu.
A
A

KUALA TERENGGANU - Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Terengganu mengambil tindakan terhadap majikan di dua tapak pembinaan di pusat bandar Kuala Terengganu kerana gagal menyediakan kelengkapan penginapan pekerja.

Pengarah JTK Terengganu, Mohd Hajazy Jusoh berkata, penginapan yang menempatkan 299 pekerja itu tiada kemudahan mencukupi seperti katil, tilam dan almari berkunci.

Beliau berkata, sebanyak 192 unit penginapan disediakan untuk menempatkan seramai 249 pekerja membabitkan 210 pekerja asing dan 39 pekerja tempatan di lokasi pertama.

Menurutnya satu lagi lokasi menempatkan 35 unit penginapan untuk 50 pekerja terdiri daripada 23 penduduk tetap, 18 warga asing dan sembilan rakyat tempatan.

Antara fasiliti yang diperiksa ketika Operasi Bersepadu Pematuhan Penginapan Pekerja (Akta 446) yang dijalankan pada Isnin di dua tapak pembinaan di pusat bandar Kuala Terengganu.
Antara fasiliti yang diperiksa ketika Operasi Bersepadu Pematuhan Penginapan Pekerja (Akta 446) yang dijalankan pada Isnin di dua tapak pembinaan di pusat bandar Kuala Terengganu.

"Tiada masalah kesesakan di tempat penginapan namun majikan didapati gagal mendapatkan Perakuan Penginapan serta menyediakan fasiliti untuk pekerja.

"Ia menjadi kesalahan di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446),” katanya kepada pemberita selepas Operasi Bersepadu Pematuhan Penginapan Pekerja (Akta 446), di sini, pada Isnin.

Susulan itu katanya, JTK kini dalam proses mengambil butiran lanjut daripada majikan serta pekerja di kedua-dua tapak pembinaan itu.

Operasi Bersepadu Pematuhan Penginapan Pekerja (Akta 446) yang dijalankan pada Isnin turut disertai agensi berkaitan termasuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

Majikan di dua lokasi tapak pembinaan diambil tindakan kerana gagal menyedialan fasiliti lengkap kepada pekerja.
Majikan di dua lokasi tapak pembinaan diambil tindakan kerana gagal menyedialan fasiliti lengkap kepada pekerja.

Dalam pada itu, Mohd Hajazy berkata, semua majikan di negeri ini diminta segera mendapatkan Perakuan Penginapan daripada JKT.

Katanya, Akta 446 mula dikuatkuasakan pada 1 September 2020 dan penguatkuasaan serta pemeriksaan dilaksanakan tahun ini.

"Kita akan menjalankan pemeriksaan mengejut di lokasi penginapan pekerja bagi memastikan majikan mematuhi Akta 446," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!