Covid-19: Sasar Rt kurang daripada satu untuk putuskan kes penularan

Dr Noor Hisham - Foto Bernama
Dr Noor Hisham - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 kepada kurang daripada satu dan kekal pada 0.5 untuk berjaya memutuskan dan membendung kes penularan virus itu di dalam negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi infografik yang dikongsikan di akaun Twitter beliau hari ini menunjukkan Rt Covid-19 mengikut kes harian bagi seluruh negara kurang daripada satu, iaitu pada 0.89 setakat pada Ahad.

Beliau berkata, kes harian Covid-19 dan jangkaan kes dari 20 September 2020 sehingga 31 Mei 2021 mengikut unjuran Rt Covid-19 adalah pada 1.1 dan 1.2.

Bagaimanapun, Rt Covid-19 di negara menunjukkan penurunan ketara sejak 31 Januari lepas iaitu daripada 1.16 sehingga 0.88 pada 11 Februari, sebelum meningkat ke 0.92 pada13 Feb dan menurun semula ke 0.89 pada Ahad.

Setakat Ahad, jumlah kumulatif kes di seluruh negara adalah 264,269 dengan kes aktif 49,490, selain tujuh kematian dilaporkan. - Bernama

Artikel Berkaitan: