Tanah runtuh: 2 maut, 16 hilang di Jawa Timur, Indonesia

Dua orang dilaporkan terbunuh, 14 cedera manakala 16 lagi masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di Jawa Timur, Indonesia. - Foto AFP
Dua orang dilaporkan terbunuh, 14 cedera manakala 16 lagi masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di Jawa Timur, Indonesia. - Foto AFP
A
A
A

JAKARTA - Dua orang dilaporkan terbunuh, 14 cedera manakala 16 lagi masih hilang dalam kejadian tanah runtuh dan banjir yang dicetuskan selepas hujan lebat pada Ahad di Jawa Timur, Indonesia, lapor Agensi Berita Xinhua.

Menurut unit tindakan kecemasan, Agensi Hal Ehwal Sosial Nganjuk, penyelamat menemukan dua mayat dan menyelamatkan dua orang di daerah itu.

"Peralatan bagi membantu misi mencari dan menyelamat dalam perjalanan untuk dihantar ke lokasi kejadian. Seramai 16 orang masih hilang," kata koordinator unit itu, Aris Trio Effendi.

Effendi berkata, sekurang-kurangnya 13 rumah rosak dan 160 orang telah dipindahkan. - Bernama

Artikel Berkaitan: