Dr Mahathir bakal kupas isu hangat dalam ‘Bersama Tun M’

Dr Mahathir akan mengupas beberapa isu hangat pada program Bersama Tun M yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu ini.
Dr Mahathir akan mengupas beberapa isu hangat pada program Bersama Tun M yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu ini.
A
A
A

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan muncul sebagai tetamu jemputan dalam rancangan bual bicara terbitan Sinar Harian pada Rabu ini.

Program ‘Bersama Tun M’ yang berlangsung selama sejam bermula jam 3 petang menerusi portal Sinar Harian serta Facebook, Twitter dan YouTube.

Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar akan bertindak selaku moderator bagi sesi bual bicara berkenaan.

Program itu akan mengupas beberapa isu hangat berkaitan kepimpinan, perjuangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Pakatan Harapan (PH) dan pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Ahli Parlimen Langkawi itu pernah muncul sebagai tetamu pada program Bicara Minda anjuran Sinar Harian bertajuk ‘Masa Depan Melayu dan Islam Selepas PRU13’ pada 17 Januari 2013.

Beliau sekali lagi menjadi tetamu pada program Bicara Minda Bersama Tun Mahathir pada 22 Oktober 2018 yang berlangsung di Auditorium Kumpulan Karangkraf, Shah Alam.

Artikel Berkaitan: