X

Kindly register in order to view this article
!

Akses internet kembali pulih di Myanmar

Laporan mengenai perkhidmatan internet dipotong di Myanmar dan sejumlah tentera ditempatkan di sekitar negara itu pada Isnin.
A
A

MOSCOW - Sambungan internet di Myanmar kembali pulih selepas disekat sepenuhnya ketika tunjuk perasaan membantah rampasan kuasa tentera masih berterusan, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik NetBlocks pada Isnin.

Pada Ahad, badan pengawasan mengesahkan 'hampir keseluruhan internet ditutup sepenuhnya' mulai jam 1 pagi waktu tempatan (18:30 GMT pada Sabtu) berikutan 'arahan sekatan komunikasi' dengan akses di seluruh negara hanya 14 peratus berbanding tahap biasa.

"Akses internet dipulihkan di #Myanmar dari jam 9 pagi waktu tempatan; data rangkaian menunjukkan penyambungan akses meningkat ke tahap biasa setelah sekatan maklumat; media sosial masih terhad untuk kebanyakan pengguna; tempoh kejadian - 8 jam," kata badan pengawasan itu dalam satu kemas kini.

Pada 1 Februari, tentera Myanmar merampas kuasa beberapa jam sebelum Parlimen baharu bersidang dan beberapa pemimpin kanan negara itu ditahan termasuk Aung San Suu Kyi dengan tuduhan penipuan pilihan raya pada November.

Sejak itu, tunjuk perasaan tercetus di seluruh negara menuntut tentera mengembalikan pemerintahan awam. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: ​​​​​​​Junta tentera Myanmar potong internet, lepas tembakan


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!