X

Kindly register in order to view this article
!

Pejuang tidak setuju PRU15 diadakan dalam tempoh terdekat

Mukhriz pada sidang akhbar yang berlangsung secara maya pada Isnin.
A
A

SHAH ALAM - Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berpandangan tidak wajar Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat ini.

Presiden Penaja Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebaliknya berkata, ia perlu menunggu sehingga habis penggal pada tahun 2023 nanti.

"Tapi dalam tempoh itu (sebelum sampai habis penggal), kalau hendak tukar kerajaan sekalipun, sekiranya sudah cukup bilangan (majoriti), bolehlah tukar.

"Tidak perlulah mendedahkan rakyat kepada ancaman Covid-19 (dengan adakan pilihan raya)," katanya pada sidang akhbar Pejuang yang dibuat secara maya pada Isnin.

Sementara itu, ditanya sama ada Pejuang telah bersedia sekiranya PRU15 tetap diadakan dalam tempoh setahun ini, Mukhriz berkata, partinya bersedia sepenuhnya.

Katanya, adalah menjadi asas bagi semua parti politik untuk memenangi pilihan raya secara demokrasi yang menjadi amalan di Malaysia.

"Kalau kita tengok, macam-macam berita sudah tersebar mengenai persiapan pihak lawan atau sebelah sana. (Mereka) sudah cetak bendera dan sebagainya.

"Jadi kita memang sedang lakukan sebaik mungkin dalam pelbagai kekangan yang kita hadapi sekarang ini," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!