X

Kindly register in order to view this article
!

Polis rampas ganja bernilai RM60,000 disorokkan di sempadan negara

Ismail (dua dari kiri) menunjukkan ketulan mampat ganja yang dirampas pihaknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu pada Isnin.
A
A

JITRA - Polis berjaya merampas ganja seberat 24 kilogram (kg) bernilai RM60,000 yang dipercayai untuk pasaran tempatan dalam satu serbuan di Kawasan Hutan Simpan Sungai Badak dekat Bukit Kayu Hitam pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supritendan Ismail Ibrahim berkata, serbuan dilakukan kira-kira jam 7 malam oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Bukit Kayu Hitam.

Menurutnya, dadah tersebut diletakkan dalam guni plastik yang diikat dan disorok di cerun bukit kira-kira 500 meter dari sempadan negara jiran.

"Tiada tangkapan dilakukan oleh pihak polis selepas pemantauan di lokasi selama beberapa jam dan mendapati tiada mana-mana individu yang telah datang ke situ," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, dekat sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, rampasan dadah tersebut adalah paling besar setakat ini di daerah Kubang Pasu.

"Hasil pemeriksaan mendapati ketulan-ketulan mampat ganja itu diletakkan dalam plastik pelbagai warna dengan keberatan berbeza di dalam guni yang ditemui itu.

"Semua dadah ini akan dihantar untuk dianalisis di Jabatan Kimia Malaysia, Alor Setar dan siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!