Lima wanita antara 14 ditahan berjudi dalam rumah

Seramai 14 individu ditahan berjudi dalam sebuah rumah di Sitiawan pada Ahad. - Foto FB Polis Daerah Manjung
Seramai 14 individu ditahan berjudi dalam sebuah rumah di Sitiawan pada Ahad. - Foto FB Polis Daerah Manjung
A
A
A

LUMUT - Polis menahan 14 individu termasuk lima wanita kerana disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian di sebuah rumah di Sitiawan di sini pada Ahad.

Serbuan dilakukan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung kira-kira jam 1.35 pagi menerusi Op Limau/ Op Dadu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, siasatan mendapati kesemua suspek berusia dari 18 hingga 28 tahun itu sedang bermain judi Gin Rummy dan Ngau.

“Polis merampas pelbagai peralatan seperti daun terup, 112 batu domino, dua dadu seta kerusi plastik dan meja.

“Turut ditemukan duit berjumlah RM5,926 dipercayai hasil aktiviti judi tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Menurutnya, kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Anuar berkata, polis turut mengeluarkan 14 kompaun kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berikutan tidak mengamalkan penjarakan sosial.

Artikel Berkaitan: