Punca kebakaran jadi misteri

Normila bersama suaminya, Mohd Norazmi Mustapha menunjukkan stor tempat kebakaran bermula yang memusnahkan rumahnya di Kampung Alor Keladi pagi tadi.
Normila bersama suaminya, Mohd Norazmi Mustapha menunjukkan stor tempat kebakaran bermula yang memusnahkan rumahnya di Kampung Alor Keladi pagi tadi.
A
A
A

BESUT - Kebakaran sebuah rumah di Kampung Alor Keladi, Hulu Besut, di sini pagi tadi menimbulkan tanda tanya kepada penghuni rumah apabila ia dikatakan bermula dari stor yang tidak mempunyai pendawaian elektrik.

Normila Abd Razak, 46, berkata, dia masih buntu mengenal pasti punca kebakaran yang berlaku kira-kira jam 7.40 pagi itu kerana tiada bahan lain yang mudah terbakar di dalam stor itu.

Menurutnya, ketika kejadian terdapat lapan orang di rumah termasuk anaknya yang masih dalam pantang dan cucunya yang masih berusia enam hari.

“Saya menyedari api bermula dari sebuah stor yang terletak berhampiran dapur. Masa itu saya sedang mandikan anak perempuan berusia 4 tahun di luar bahagian depan rumah.

“Asap keluar dari bahagian atas rumah kemudian saya naik dan minta semua yang berada dalam rumah keluar selamatkan diri dan kejadian ini menyebabkan kami tinggal sehelai sepinggang,” katanya.

Ketua Balai dan Bomba Jertih, Hanaffi Mohd berkata, sebanyak dua jentera bomba dan sebuah lori tangki air bersama 15 anggota termasuk bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Besut telah dikejarkan ke tempat kejadian sebelum api berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 8.47 pagi.

Artikel Berkaitan: