81 kesalahan pencatutan harga sepanjang Tahun Baharu Cina

Fat Full (tengah) menyertai pemeriksaan sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baharu Cina di Pasaraya SongMart, Kluang pada Isnin.
Fat Full (tengah) menyertai pemeriksaan sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baharu Cina di Pasaraya SongMart, Kluang pada Isnin.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebanyak 81 kes melibatkan pelbagai kesalahan direkodkan di seluruh Johor sepanjang pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan sempena Tahun Baharu Cina.

Exco Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Dr Chong Fat Full berkata, kesalahan melibatkan 60 kes tidak meletakkan tanda harga dan empat kes membabitkan menjual melebihi harga kawalan yang ditetapkan.

"Sebanyak 17 kes bagi kesalahan gagal menggunakan tanda harga khas berwarna merah jambu.

"Justeru, sebanyak 81 kes telah direkodkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 dengan jumlah kompaun sebanyak RM10,400," katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Menurut Fat Full, sebanyak 1,238 pemeriksaan barangan dijalankan di peringkat peruncitan dan pemborong pada 8 hingga 15 Februari di seluruh Johor.

"Ia melibatkan sebanyak 1,189 pemeriksaan di peringkat peruncit dan 49 pemeriksaan di peringkat pemborong.

“Tindakan tegas diambil terhadap peniaga melakukan kesalahan melibatkan AKHAP 2011 iaitu tidak memaparkan tanda harga dan menjual melebihi harga ditetapkan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut melakukan pemeriksaan di Pasaraya SongMart, Kluang pada Isnin yang turut disertai Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, Hairul Anuar Bohro.

Artikel Berkaitan: