259 individu kontak rapat kluster Pangkal Changgong disaring

Dr Izani (kanan) semasa sidang media di Kompleks Kota Darulnaim di sini.
Dr Izani (kanan) semasa sidang media di Kompleks Kota Darulnaim di sini.
A
A
A

KOTA BHARU - Seramai 259 individu yang menjadi kontak rapat kepada kes penularan Covid-19 kluster Pangkal Changgong di Machang sudah menjalani ujian saringan swab setakat ini.

Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Hussin berkata, saringan pertama pada Ahad mendapati 41 orang pelajar positif wabak tersebut daripada 57 kumulatif yang dicatatkan.

"Untuk hari ini (Isnin) jumlah tersebut bertambah kepada tujuh orang lagi menjadikan jumlah keseluruhan yang positif sehingga kini adalah seramai 64 orang," katanya kepada pemberita selepas hadir Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Kelantan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob di Kompleks Kota Darulnaim pada Isnin.

Akhbar pada Ahad melaporkan seramai 41 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sebuah sekolah asrama di Machang di sini disahkan positif Covid-19 dan punca jangkitan dikatakan daripada komuniti luar.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Izani memberitahu, barisan hadapan seperti petugas-petugas kesihatan, anggota penguat kuasa dan exco kerajaan negeri di antara mereka yang akan mendahului suntikan vaksin yang dijangka bermula secara berperingkat, hujung bulan ini.

Artikel Berkaitan: