Menteri Luar Peru suntik vaksin lebih awal letak jawatan

Elizabeth Astete
Elizabeth Astete
A
A
A

LIMA - Menteri Luar Peru, Elizabeth Astete meletakkan jawatan pada Ahad berikutan para pegawai kerajaan menerima suntikan vaksin Covid-19 lebih awal daripada orang awam.

Beliau menyatakan dalam akaun Twitternya bahawa peletakan jawatannya telah diterima oleh Presiden negara itu, Francisco Sagasti.

Sagasti dilaporkan memberitahu stesen televisyen Amerika bahawa beliau amat terkejut dan marah dengan situasi tersebut.

Astete menyatakan, beliau menerima vaksin Covid-19 pada 22 Januari lalu dan menganggapnya sebagai satu kesalahan yang serius.

Beliau merupakan anggota Kabinet Sagasti yang kemudian meletakkan jawatan selepas Menteri Kesihatan, Pilar Mazzetti turut melakukan tindakan yang sama.

Mazzetti melakukan tindakan meletakkan jawatan selepas sebuah akhbar mendedahkan bekas Presiden, Martin Vizcarra telah menerima suntikan vaksin Covid-19 pada Oktober tahun lalu.

Peru hanya memulakan program vaksinasi pada awal bulan ini.

Sebagai permulaan, para pekerja kesihatan akan menerima suntikan tersebut selepas negara berkenaan menerima 300,000 dos vaksin Sinopharm dari China.

Artikel Berkaitan:

Kerajaan Peru pernah menyatakan ia berhasrat mahu menyuntik 10 juta penduduk dengan vaksin Covid-19 menjelang Julai ini.

Peru telah merekodkan lebih 1.2 juta kes Covid-19 dan hampir 43,500 kematian dalam kalangan 33 juta penduduknya. - Agensi