X

Kindly register in order to view this article
!

Pas Perak serah pusat tentukan kerusi PRU15

RAZMAN
A
A

IPOH - Pas Perak menyerahkan keputusan mengenai pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di negeri ini kepada pimpinan Pas Pusat untuk menentukannya.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, sebagai sebahagian parti yang berada di dalam kerajaan, Pas Perak kini memberikan tumpuan sepenuhnya kepada usaha memperkukuhkan kerajaan.

Beliau yang juga Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak kepada Sinar Harian, fokus juga diberikan kepada usaha membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti ditetapkan kerajaan.

"Kita ketepikan dahulu soal politik ini kerana fokus utama ialah membantu rakyat dan membangunkan ekonomi negeri yang terkesan akibat Covid-19 ini.

"Soal pembahagian kerusi atau berkaitan pilihan raya ini kita serahkan kepada Pas Pusat untuk membuat keputusan terbaik," katanya pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad ketika wawancara eksklusif bersama Sinar Harian pada Ahad yang menggesa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak bertanding di kawasan UMNO dan Pas pada PRU15 nanti.

Ketika wawancara tersebut, Saarani yang juga Pengerusi UMNO Perak memberi kata dua kepada Bersatu supaya tidak bertanding di kerusi yang dimenangi UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Menteri Besar Perak itu itu juga berkata, UMNO Perak tidak akan berkompromi dan bertegas supaya semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dimenangi parti itu sebelum ini kekal ditandingi UMNO pada PRU15 akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Bersatu jangan ganggu tempat UMNO, Pas’

Bagaimanapun, Bersatu mengingatkan semua pemimpin kerajaan PN supaya tidak terus berbalah dalam soal pembahagian kerusi pada PRU15 nanti.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, sebaliknya pemimpin di dalam kerajaan digesa supaya memberi tumpuan ke arah mencari jalan untuk memperkukuhkan kedudukan kerajaan dan memberi khidmat terbaik kepada rakyat terutama dalam tempoh krisis Covid-19 yang melanda negara ketika ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan masa berbalah soal kerusi: Ahmad Faizal


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!