Warga emas cedera dihayun topi keledar

Fauziah menunjukkan polis yang dibuat di Balai Polis Sitiawan pada Ahad. ( Fauziah mengalami bengkak di pipi kiri dan luka pada mulut akibat dihayun dengan topi keledar dalam kejadian pada Ahad. - Foto pembaca)
Fauziah menunjukkan polis yang dibuat di Balai Polis Sitiawan pada Ahad. ( Fauziah mengalami bengkak di pipi kiri dan luka pada mulut akibat dihayun dengan topi keledar dalam kejadian pada Ahad. - Foto pembaca)
A
A
A

LUMUT - Seorang wanita warga emas mengalami bengkak di pipi kiri dan luka pada mulut selepas seorang lelaki bertindak menghayun topi keledar ke arahnya dalam kejadian di hadapan sebuah kedai di Sitiawan di sini pada Ahad.

Mangsa, Fauziah Ajid, 61, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, dia yang menunggang motosikal bersama rakannya tidak mengetahui punca sebenar lelaki itu bertindak demikian.

Menurutnya, ketika sampai di tempat kejadian, dia berhenti sebentar untuk memberi laluan kepada sebuah kereta yang mahu mengundur.

“Lelaki terbabit yang berhenti di belakang tiba-tiba menolak motosikal saya. Saya bertanya kenapa dia buat begitu tetapi lelaki itu hanya mendiamkan.

"Dia kemudian turun dari motosikalnya dan memukul muka saya menggunakan topi keledar,” katanya.

Fauziah memberitahu, dia terpinga-pinga dengan kejadian dan geram apabila lelaki berkenaan bertindak kasar terhadap warga emas yang mungkin sebaya dengan ibunya.

“Ketika itu saya pening, badan menggigil seperti mahu tumbang.," katanya.

Menurut Fauziah lelaki berkenaan masuk ke sebuah kedai dan dia mendapatkan lelaki itu kerana mahukan jawapan mengapa sanggup bertindak kasar sehingga menyebabkan luka.

Artikel Berkaitan:

“Lelaki itu tidak melawan tetapi dia sempat mengugut saya dengan berkata "tunggu, aku akan cari engkau’,” katanya.

Fauziah berkata, kesal dengan situasi itu dia membuat laporan di Balai Polis Sitiawan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

“Polis sedang mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.