Manchester United enggan putus asa buru takhta EPL

Pemain United, Marcus Rashford cuba melepasi kawalan pertahanan West Brom.
Pemain United, Marcus Rashford cuba melepasi kawalan pertahanan West Brom.
A
A
A

BIARPUN Manchester United hanya mampu terikat 1-1 ketika berdepan West Brom semalam, namun kesebelasan The Red Devils itu berikrar untuk tidak akan berputusa asa untuk mencabar takhta Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini.

Menurut pengendalinya, Ole Gunnar, skuad kendaliannya itu akan terus memberikan cabaran dalam usaha ‘merampas’ kedudukan berkenaan biarpun menyedari pendahulu, Manchester City dilihat berada dalam momentum yang cukup selaku pendahulu EPL ketika ini.

“Kita tidak akan biarkan mereka (City) untuk terus berada di puncak, tidak semudah itu; lagipun kita akan berdepan dengan mereka tidak lama lagi.

“Kita perlu terus membina momentum dan seterusnya memenangi perlawanan kerana mereka (City) kini dalam momentum yang baik; begitu juga kita dan Leicester ketika ini.

“Namun kita percaya, kita masih mampu dengan beraksi dengan baik dalam usaha untuk terus mencabar takhta EPL kali ini,” katanya.

Solskjaer
Solskjaer

Pada aksi di The Hawthorns semalam, pemain West Brom Mibaye Diagne mengejutkan pelawat apabila menanduk masuk gol pembukaan seawal minit ke-2 perlawanan.

Bagaimanapun, tonggak United, Bruno Fernandes berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-44 hasil satu sepakan volley deras yang menewaskan penjaga gol, Sam Johnstone.

Artikel Berkaitan:

Keputusan berkenaan menyaksikan United terus berada pada kedudukan kedua EPL dengan 46 mata hasil 13 kemenangan, tujuh seri dan tewas empat kali manakala West Brom berdepan penyingkiran apabila berada pada kedudukan ke-19 dengan 13 mata hasil dua kemenangan, tujuh seri dan tewas 15 kali setakat ini.

Sementara itu Solskjaer enggan mengulas lanjut mengenai kesebelasan United yang dilihat terpaksa berhempas pulas ketika berdepan West Brom, semalam.

“Bagi saya, kita tidak seharusnya bercakap mengenai perlawanan itu, namun bagi saya kesebelasan pemain sewajarnya menerima pujian kerana atas kerja keras mereka, kita kini berada pada kedudukan kedua EPL,” katanya.