Liverpool akan berjuang seperti juara

Salah
Salah
A
A
A

LIVERPOOL tidak akan mengaku kalah dan sedia bangkit daripada prestasi kurang memuaskan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini.

Penyerang The Reds, Mohamed Salah berkata, mereka sedang berada dalam prestasi kurang memberangsangkan, namun berjanji akan terus cuba mempertahankan trofi EPL yang dimenangi mereka itu musim lalu.

"Kami sedang menghadapi detik sukar dengan pelbagai alasan. Tetapi, kami adalah juara dan kami akan berjuang seperti juara sehingga penghujung musim ini.

"Kami tidak akan membiarkan musim ini ditentukan dengan keputusan kurang memuaskan yang kami sedang hadapai sekarang. Itu janji saya kepada anda semua," katanya dalam satu ciapan di laman twitter peribadinya.

Liverpool sedang mengalami kemerosotan prestasi selepas mempamerkan aksi hambar dalam beberapa perlawanan terakhir termasuk tewas tiga perlawanan berturut-turut kepada Brighton, Manchester City dan Leicester City.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu kini berada di kedudukan keempat EPL dengan mengumpul 40 mata daripada 24 perlawanan dan tertinggal 13 mata daripada City yang kini berada di puncak liga.

Prestasi semasa Liverpool itu menyaksikan mereka berkemungkinan tidak dapat mempertahankan kejuaraan EPL yang dimenangi musim lalu selain berisiko gagal menamatkan saingan liga di kedudukan empat terbaik.

Artikel Berkaitan: