X

Kindly register in order to view this article
!

Rina gesa siasat dakwaan wanita diganggu polis

RINA HARUN
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rina Harun menggesa siasatan dilakukan terhadap dakwaan wanita diganggu oleh polis dalam sekatan jalan raya (SJR) baru-baru ini.

Menurutnya, jika terbukti bersalah, tindakan undang-undang perlu diambil terhadap pelakunya.

"Perbuatan terkutuk ini sama sekali tidak boleh dipandang enteng, apatah lagi jika ia melibatkan anggota penguatkuasa," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, dalam mengendalikan isu gangguan tersebut, semua pihak diharap saling menghormati dan tidak mempersoalkan kredibiliti keseluruhan institusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah banyak berkorban dalam memastikan keselamatan negara.

"Usahlah kita menghukum ibarat kerana nila setitik, rosak susu sebelanga," katanya.

Rina berkata, semua rakyat Malaysia khususnya golongan wanita diminta tampil membuat laporan sekiranya berhadapan dengan sebarang bentuk gangguan seksual, sama ada secara lisan, perbuatan atau melalui pelbagai isyarat oleh pelaku.

"KPWKM sedia membantu dan salurkan aduan melalui Talian Kasih 15999 dan talian Whatsapp 019-26 15999 yang beroperasi 24 jam.

"Sama-samalah kita untuk terus mengamalkan sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain dan berganding bahu membanteras perbuatan gangguan seksual serta menghapuskan segala bentuk keganasan dan diskriminasi berasaskan gender ini," katanya.

Sebelum ini, seorang wanita didakwa diganggu secara seksual oleh polis di SJR Jalan Duta.

Dakwanya polis berkenaan bertanyakan sama ada dia memakai coli atau tidak, selain memberi jaminan tidak akan mengeluarkan saman jika wanita berkenaan membuktikan memakai coli atau sebaliknya.

Dalam satu lagi kejadian di Pulau Pinang, seorang anggota polis menghubungi wanita yang baru diperiksanya ketika melalui SJR dengan tujuan ingin berkenalan.

ARTIKEL BERKAITAN Polis siasat dakwaan gangguan seksual di SJR


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!