Wanita ditahan miliki syabu

Suspek ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya Berbahaya (ADB).
Suspek ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya Berbahaya (ADB).
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang wanita yang berada dalam sebuah kereta jenis Honda Accord ditahan bersama 13.42 gram syabu di hadapan sebuah kedai di Jalan Pengkalan Chepa, Dusun Raja, di sini, awal pagi semalam.

Suspek berusia 26 tahun terbabit ditahan pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu yang sedang membuat rondaan pada jam 3.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, anggota sebelum itu ternampak kereta berkenaan berhenti dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah kedai.

"Anggota kemudian menghampiri kereta itu dan melihat seorang wanita berada sendirian dalam keadaan mencurigakan di tempat duduk penumpang hadapan.

"Selepas memperkenalkan diri sebagai polis dan memintanya keluar, wanita itu bertindak menolak pintu di bahagian depan untuk melarikan diri sambil menggenggam sesuatu di tangan kirinya," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, anggota yang bertindak pantas terbabit berjaya menahan suspek.

"Suspek kemudian menyerahkan satu peket plastik hitam berisi ketulan kristal disyaki syabu.

"Pemeriksaan lanjut di dalam kereta menemui satu lagi plastik berisi 14 paket plastik berisi dadah disyaki syabu di tempat letak kaki penumpang hadapan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, suspek kemudian ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu untuk siasatan lanjut.

"Ujian kencing mengesahkan suspek positif amphetamine.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 12(2) akta sama," katanya.