Gambar 'photoshoot' Rina Harun jadi perhatian

Sesi fotografi Rina Harun menarik perhatian ramai hingga tular di laman sosial.
Sesi fotografi Rina Harun menarik perhatian ramai hingga tular di laman sosial.
A
A
A

SHAH ALAM - Nama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun menjadi trending sekali lagi di laman sosial setelah gambar sesi fotografi menarik perhatian warga maya.

Penampilan baharunya dengan fizikal tubuh semakin langsing membuatkan ramai yang hampir tidak mengenalinya.

Malah gambar yang dikongsi oleh pereka fesyen terkenal di Instagram @ManKajang29 memaparkan beliau menyarung busana klasik kurung Pahang dan songket labuh cukup mempersona.

Tatarias wajah Rina juga diberi sentuhan magis oleh jurusolek terkenal Saidatul Nisa yang lazimnya menjadi jurusolek bagi golongan kenamaan dan artis terkenal pastinya menyuntik kelainan buat wanita kelahiran Tanjung Karang, Perak itu.

Komen netizen
Komen netizen

Perubahan penampilan Rina berusia 48 tahun itu turut mendapat pujian dari warga maya selain memuji pereka pakaian kerana menghasilkan busana klasik kurung Pahang yang cukup cantik.

Kata warga maya dikenali Sakinah_hasnan turut memuji kecantikan beliau yang nyata berbeza dari sebelum ini.

Aisyah_ismail pula mengatakan perubahan beliau memberi inspirasi buat dirinya untuk kelihatan lebih sihat dan menjaga pemakanan.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption