Dua tokan dadah tumpas

Dadah yang dirampas dalam beg hitam suspek pertama. Gambar kecil: HANYAN - (Foto: Ihsan IPD Kemaman)
Dadah yang dirampas dalam beg hitam suspek pertama. Gambar kecil: HANYAN - (Foto: Ihsan IPD Kemaman)
A
A
A

KEMAMAN - Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman menahan dua tokan dadah dalam tempoh dua hari di dua lokasi berasingan di daerah ini.

Penahanan pertama melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun di tepi jalan Kampung Perasing Jabor, kira-kira jam 2 petang, pada Jumaat hasil maklumat awam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, pemeriksaan ke atas suspek menjumpai satu beg hitam yang diisi pelbagai jenis dadah siap dipeket dipercayai untuk dijual kepada pelanggan tetapnya.

"Suspek juga positif dadah methamphetamine. Lelaki itu kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Sementara itu, Hanyan berkata, penahanan kedua melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun melalui sekatan jalan raya (SJR) di tepi jalan Kampung Lubuk Kawah, Kemasek, di sini kira-kira jam 12.15 tengah malam pada Ahad.

"Suspek ditahan oleh pasukan Task Force SJR bergerak selepas didapati dalam keadaan mencurigakan

"Pemeriksaan ke atas suspek menemui beberapa jenis dadah dalam satu beg silang dan hasil saringan air kencing mendapati suspek positif methamphetamine," katanya.

Menurut Hanyan, siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai enam rekod jenayah dan lima daripadanya kesalahan penyalahgunaan dadah serta satu jenayah mencuri.

Artikel Berkaitan:

"Suspek ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39 A (2) ADB 1952," kata Hanyan.