X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 09 Disember 2021

Guna hasil kajian untuk tangani banjir seluruh negara

Tuan Ibrahim (empat dari kanan) meninjau lokasi tanah runtuh di Taman Wira, Jerantut pada Ahad.
A
A

JERANTUT- Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) akan menggunakan hasil kajian lembangan sungai utama di seluruh negara tahun ini bagi menangani bencana banjir yang sering melanda di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, buat masa ini kajian berkaitan sudah dilakukan dan hampir semua negeri telah menyelesaikan kajian itu kecuali Perak, Kelantan dan Pahang.

Menurutnya, dapatan dan cadangan kajian itu akan dilaksanakan secara menyeluruh.

"Kita mengharapkan kajian terbabit dapat diselesaikan pada tahun ini juga," katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan di tebing parit besar yang runtuh di Taman Wira di sini Ahad.

Hadir sama, Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, semua aktiviti pembangunan di seluruh negara perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk membendung banjir kilat setiap kali hujan lebat atau banjir pada musim tengkujuh.

Katanya. kementerian telah meminta kerjasama negeri-negeri menyediakan kaedah dan kajian di lembangan sungai untuk mengatasi implikasi banjir.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!