Beroperasi ketika PKP, pusat hiburan diserbu polis

Barangan termasuk minuman keras dan wang tunai yang dirampas dalam serbuan dijalankan di sebuah pusat hiburan di Dataran Mentari, Petaling Jaya, Selangor.
Barangan termasuk minuman keras dan wang tunai yang dirampas dalam serbuan dijalankan di sebuah pusat hiburan di Dataran Mentari, Petaling Jaya, Selangor.
A
A
A

PETALING JAYA - Sebuah pusat hiburan di Dataran Mentari di sini diserbu polis dalam operasi yang dijalankan pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, susulan itu seramai dua individu ditahan dan lima individu lain dikenakan tindakan kompaun.

"Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita warga tempatan masing-masing berumur 32 dan 21 tahun kerana gagal menunjukkan lesen yang sah menjual minuman keras serta melanggar syarat prosedur operasi standard (SOP) iaitu membuka premis pusat hiburan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ini," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, pemeriksaan lanjut turut mendapati seramai lima lelaki warga tempatan berumur antara 23 hingga 56 tahun berkumpul dan minum minuman keras.

"Kesemua mereka dikenakan kompaun kerana melakukan kesalahan Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di kawasan tenpatan jangkitan(Kawalan Pergerakan) 2021

Beliau berkata, polis juga merampas beberapa barangan, antaranya tujuh botol minuman keras pelbagai jenama dan sejumlah wang tunai berjumlah RM560.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 76 Akta Eksais 1976, Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat hiburan 1997," katanya.

Artikel Berkaitan: