18 ditahan berjudi dalam rumah

Anggota polis melakukan melakukan pemeriksaan di dalam rumah kampung yang dijadikan tempat berjudi.
Anggota polis melakukan melakukan pemeriksaan di dalam rumah kampung yang dijadikan tempat berjudi.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - [DIKEMAS KINI] Polis menyerbu sebuah rumah kampung di kawasan Sama Gagah di sini dan menahan 18 individu termasuk seorang wanita warga asing kerana disyaki terlibat dengan aktiviti perjudian.

Serbuan dilakukan sepasukan polis Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang dan di ketuai Asisten Superintendan Mohd Fairuz Mostafa kira-kira jam 4 petang pada Ahad.

Menurut sumber, rumah kampung dua tingkat itu disewa untuk tujuan aktiviti perjudian dan permainan mahjong sempena sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini.

"Pemeriksaan di lokasi menemui peralatan untuk berjudi seperti kepingan cip pelbagai warna, batu mahjong selain wang tunai berjumlah RM16,000.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada 17 lelaki dan seorang wanita warga Myanmar berusia antara 30 hingga 80 tahun dan kesemua dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah untuk tindakan lanjut," katanya.

Peralatan yang digunakan untuk berjudi turut dirampas ketika serbuan di dalam rumah kampung yang dijadikan tempat untuk berjudi.
Peralatan yang digunakan untuk berjudi turut dirampas ketika serbuan di dalam rumah kampung yang dijadikan tempat untuk berjudi.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra'ais ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Katanya, kesemua suspek didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk gagal mengamalkan penjarakan fizikal.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, mereka akan disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Pertaruhan 1953, Seksyen 4(1)(C) Akta Pertaruhan 1953 dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Perkara 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 kerana melanggar PKP.