Tiada aktiviti Islam Melayu dikesan di Kedah

Sheikh Fadzil Awang
Sheikh Fadzil Awang
A
A
A

BALING - Mufti Kedah, Datuk Sheikh Fadzil Awang mengesahkan tiada sebarang aktiviti yang berkait rapat dengan fahaman 'Islam Melayu' yang dibawa individu dikenali sebagai Ibu Yati di negeri ini.

Beliau bagaimanapun berkata, umat Islam di Kedah harus berpegang teguh kepada ajaran Islam berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak terpengaruh dengan fahaman seperti itu.

Katanya, beliau turut berharap agar masyarakat memahami perkara asas iaitu tidak ada kewujudan agama Melayu atau rasul Melayu selain tidak terpesong dengan beberapa dakwaan yang tidak mengikut landas syariat.

"Fahaman ini sebenarnya pun baru timbul, dan apa yang saya tau, fahaman ini masih belum sampai di Kedah.

"Jadi kita mengharapkan masyarakat Islam tidak kira sama ada di Kedah, Selangor atau mana-mana juga, tidak ada yang dinamakan sebagai agama Melayu, rasul Melayu dan sebagainya. Sebenarnya perkara itu adalah terlalu asas," katanya ketika ditemui semasa penyerahan telefon pintar kepada masyarakat orang asli suku Kensiu di Kampung Lubuk Legong di sini pada Ahad.

Sheikh Fadzil bagaimanapun berkata, pemantauan secara berterusan akan dijalankan Jabatan umat Islam di negeri ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Yadim beri kefahaman ajaran Islam sebenar kepada pengikut Ibu Yati

Pada Jumaat, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Tuan Kamarul Arief Tuan Soh menyatakan pihaknya sentiasa terbuka untuk memberikan kefahaman berhubung ajaran Islam berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah kepada seluruh masyarakat negara ini.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, ia termasuk memberi kefahaman kepada mereka yang terlibat dalam ajaran agama Melayu yang dibawakan Ibu Yati.

Sebelum ini, Yang Dipertua Yadim, Nasrudin Hadsan dilaporkan menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan ajaran Islam Melayu itu.