X

Kindly register in order to view this article
!

Skim i-Sinar tanpa syarat berita baik kepada rakyat

Mahathir Mohd Rais
A
A

SHAH ALAM - Pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi skim i-Sinar tanpa syarat tentunya menjadi berita baik untuk rakyat Malaysia.

Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Segambut, Mahathir Mohd Rais berkata, pemansuhan tersebut berlaku selepas menerima nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berdasarkan maklum balas pihak.

Menurutnya, perkara tersebut terbukti bahawa anak muda lebih cenderung ke arah melakukan perubahan berbanding generasi yang lebih berusia.

“Syabas diucapkan kepada Pemuda UMNO yang dari awal bersama Pemuda Pas dan Armada Bersatu tidak berputus asa dalam memperjuangkan isu pengeluaran I-Sinar ini.

“Anak muda hari ini lebih cenderung ke arah melakukan perubahan daripada generasi yang lebih tua, lebih idealistik dalam matlamat mereka dan kurang berminat dengan permainan ‘season politicians’ yang hanya retorik sepanjang masa," katanya di sini pada Ahad.

Pada 11 Februari lalu, media melaporkan Kementerian Kewangan dijangka mengumumkan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat pada Isnin.

Perbincangan dikatakan masih dijalankan bagi mencari jalan kepada KWSP dalam menyediakan peruntukan bagi pengeluaran tanpa syarat.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!