UTM baiki sistem solar di Kampung Orang Asli Pucur

Panel solar di Kampung Orang Asli Pucur, Kluang kini beroperasi seperti biasa selepas dibaiki oleh sukarelawan UTM.
Panel solar di Kampung Orang Asli Pucur, Kluang kini beroperasi seperti biasa selepas dibaiki oleh sukarelawan UTM.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah membaiki sistem solar yang rosak akibat banjir di Kampung Orang Asli Pucur, Kluang.

UTM dalam satu kenyataan menjelaskan, banjir besar yang berlaku di Kahang, Kluang pada awal bulan lalu menyebabkan sistem solar digunakan rosak sepenuhnya selepas ditenggelam air.

"Prihatin dengan perkara tersebut, pasukan UTM diketuai Dr Jasrul Jamani Jamian meninjau kawasan berkenaan untuk membuat semakan serta baik pulih pada sistem.

"Usaha itu turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Johor yang memaklumkan berhubung kerosakan peranti berkenaan," demikian menurut kenyataan tersebut pada Ahad.

Sukarelawan UTM yang terlibat membaiki kerosakan sistem solar di Kampung Orang Asli Pucur, Kluang.
Sukarelawan UTM yang terlibat membaiki kerosakan sistem solar di Kampung Orang Asli Pucur, Kluang.

Peranti itu dipasang pada 2017 bagi membekalkan tenaga elektrik percuma kepada masyarakat Orang Asli di perkampungan tersebut hasil inisiatif UTM dan Bank Islam menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Bank Islam.

Sementara itu, Jasrul Jamani berkata, hasil semakan mendapati kerosakan berpunca daripada panel solar yang pecah, wayar terputus dan bateri berkarat akibat terkena banjir.

Bagaimanapun, katanya, tiada kebocoran elektrik berlaku kerana peranti berkenaan dipasang dengan pelbagai sistem perlindungan.

"Pasukan sukarelawan UTM membaiki pendawaian solar PV, bateri, penukar AT/AU dan melakukan aktiviti pembersihan selama tiga jam.

Artikel Berkaitan:

"Penduduk kini dapat menikmati semula tenaga elektrik secara percuma daripada panel solar untuk kegunaan mereka," katanya.