Peluang Liverpool sudah tertutup

Klopp akui peluang Liverpool sudah tertutup untuk mencabar kejuaraan EPL.
Klopp akui peluang Liverpool sudah tertutup untuk mencabar kejuaraan EPL.
A
A
A

KEKALAHAN 1-3 Liverpool kepada Leicester City di Stadium King Power pada awal pagi Ahad secara keseluruhannya dilihat telah menutup peluang The Reds untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Perkara berkenaan ditegaskan pengendali Liverpool Jurgen Klopp yang menyifatkan skuad kendaliannya itu sudah terlalu untuk ‘mengejar’ kedudukan City ketika ini.

“Saya tidak fikir kita mampu untuk merapatkan jurang kali ini dan secara jujur kita perlu mula memenangi perlawanan kerana aksi yang kita pamerkan setakat ini adalah sangat baik.

“Apa yang perlu kita lakukan adalah untuk mengelakkan kesilapan dan salah faham seperti mana yang berlaku pada hari ini sehingga memberikan peluang kepada lawan untuk menjaringkan dua gol.

“Secara keseluruhannya keputusan perlawanan berkait rapat dengan persembahan pasukan dan walaupun kami beraksi baik kali ini tetapi tetap melakukan kesilapan pada penghujung perlawanan,” katanya.

Biarpun mendahului menerusi jaringan Mohamed Salah pada minit ke-67 tetapi tiga jaringan tuan rumah dalam tempoh tujuh minit di mulai James Maddison pada minit ke-78, Jamie Vardy (81) dan Harvey Barnes (85), sekali gus memusnahkan harapan The Reds untuk meraih tiga mata pada perlawanan berkenaan.

Kekalahan berkenaan, sekali gus menyaksikan Liverpool terus berada pada kedudukan keempat dengan 40 mata hasil 11 kemenangan, seri tujuh kali dan tewas enam kali daripada 24 perlawanan setakat ini.

Sementara itu, Klopp berkata, skuad The Reds kini mahu memberikan fokus pada aksi kalah mati Liga Juara-Juara berdepan RB Leipzig di Puskas Arena awal pagi Selasa nanti selain aksi debry berdepan Everton di Anfield awal pagi Ahad.

Artikel Berkaitan:

“Kini, kami sudah tidak perlu risaukan lagi mengenai takhta liga kerana kami kami akan mengharungi aksi yang lebih sukar awal pagi Selasa nanti dan kemudiannya berdepan Everton pada awal pagi Ahad.

“Fokus kami kini hanya pada kedua-dua perlawanan ini sahaja,” katanya.