PPZ MAIWP sumbang RM400,000 untuk mangsa banjir di tiga negeri

Pengarah Suruhjaya Syarikat Malaysia (SSM) Johor, Hairul Anuar Yasin (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan untuk mangsa banjir di Johor kepada Md Rofiki dengan disaksikan Nur Haliza (dua dari kiri) di Masjid Abu Bakar, Johor Bahru pada Sabtu.
Pengarah Suruhjaya Syarikat Malaysia (SSM) Johor, Hairul Anuar Yasin (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan untuk mangsa banjir di Johor kepada Md Rofiki dengan disaksikan Nur Haliza (dua dari kiri) di Masjid Abu Bakar, Johor Bahru pada Sabtu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyumbang RM400,000 bagi membantu mangsa banjir di Johor, Pahang dan Terengganu.

Pengurus Program Tanggungjawab Sosial Korporat dan Hubungan Antarabangsa PPZ MAIWP, Nur Haliza Abdul Rahman berkata, program yang mendapat kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Darussalam itu dilaksanakan mengikut permintaan syarikat korporat yang membayar zakat dan mahu membantu mangsa banjir baru-baru ini.

"Menerusi bantuan ini, kita memberikan kelengkapan rumah seperti dapur gas, periuk elektrik, tilam dan barang makanan keperluan harian," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan itu di Masjid Sultan Abu Bakar di sini pada Sabtu.

Hadir sama Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor JAINJ, Datuk Md Rofiki A Shamsudin.

Nur Haliza berkata, PPZ MAIWP akan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dari seluruh negara.

Sementara itu, Md Rofiki berkata, bantuan yang diterima akan diagihkan kepada 300 mangsa banjir di lima daerah di negeri ini.

"Sebelum ini, kami menerima sumbangan banjir daripada pelbagai pihak termasuk MAIWP sendiri, namun kali ini daripada PPZ pula," katanya.

Pada 30 Januari lalu, MAIWP memberikan sumbangan RM5 juta kepada empat negeri yang dilanda banjir dan Johor menjadi negeri pertama menerima bantuan berkenaan berjumlah RM1.25 juta.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu MAIWP dengan kerjasama Yayasan Raja Zarith Sofiah turut menyumbangkan 2,000 kotak makanan kepada mangsa banjir di Johor