2 gelandangan terbunuh, 2 cedera akibat ditikam

Pihak polis sedang mengesan lelaki disyaki berada di sebalik serangan yang menyebabkan dua terbunuh dan dua cedera di stesen kereta api bawah tanah di New York City. - Foto AP
Pihak polis sedang mengesan lelaki disyaki berada di sebalik serangan yang menyebabkan dua terbunuh dan dua cedera di stesen kereta api bawah tanah di New York City. - Foto AP
A
A
A

NEW YORK - Dua terbunuh manakala dua lagi cedera dalam empat serangan tikaman berasingan yang berlaku di stesen keretapi bawah tanah di New York City, kata pihak berkuasa.

Serangan berlaku antara pagi Jumaat dan awal pagi Sabtu, kata pegawai Jabatan Polis New York semasa sidang akhbar.

Pihak berkuasa percaya keempat-empat mangsa merupakan gelandangan dan sedang mengesan lelaki yang disyaki berada di sebalik serangan terbabit.

Pihaknya turut meneliti rakaman kamera keselamatan kereta api bawah tanah sebagai sebahagian daripada siasatan.

Keempat-empat tikaman tersebut berlaku di sepanjang jalan bawah tanah A.

Salah seorang mangsa ditemui mati di dalam kereta api di Queens kira-kira tengah malam Jumaat dengan beberapa luka tikaman di leher dan tubuhnya.

Seorang lagi mangsa yang terbunuh akibat ditikam ialah wanita berusia 44 tahun ditemui di stesen kereta api bawah tanah di Upper Manhattan dua jam kemudian.

Dua lagi cedera melibatkan lelaki berusia 67 dan 43 tahun, juga berlaku di Upper Manhattan. - AP

Artikel Berkaitan: