Covid-19: Melaka catat kadar kebolehjangkitan tertinggi


Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 mengikut kes harian bagi seluruh negara iaitu pada 0.92 setakat Sabtu dengan Melaka mencatatkan Rt tertinggi iaitu pada 1.07.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi infografik yang dikongsikan di akaun Twitter beliau menunjukkan Pulau Pinang merekodkan Rt kedua tertinggi pada 1.06 diikuti Kedah (1.04) dan Johor (1.01).

Negeri-negeri lain yang mencatatkan bacaan di bawah satu ialah Sarawak (0.96), Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perak (0.95), Kelantan (0.92), Selangor (0.89), Pahang (0.86), Terengganu (0.82), Sabah (0.80), Perlis (0.77), Putrajaya (0.73) manakala Labuan (0.65).

Pada Sabtu, kes baharu positif pandemik Covid-19 merekodkan empat angka dengan 3,499 kes selain lima kematian dilaporkan. - Bernama

Artikel Berkaitan: