X

Kindly register in order to view this article
!

Polis buru 20 individu ingkar SOP PKP

A
A

KUALA LUMPUR - Polis mengesan kira-kira 20 individu kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas berkumpul bagi menyambut Tahun Baharu Cina di Bukit Ketumbar Hill, Ampang di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kesemua individu terbabit didakwa turut menikmati makanan Yee Sang di kawasan berkenaan.

Menurutnya, ada satu video dari laman web portal media bahasa Cina menunjukkan satu kejadian di mana kira-kira 20 individu lelaki dan perempuan sedang menyambut Tahun Baharu Cina di Bukit Ketumbar.

"Menerusi video itu, kumpulan itu dilihat menikmati 'Yee Sang'. Terdapat kesalahan pelanggaran SOP PKP.

"Ada saksi menyatakan kejadian itu berlaku pada waktu pagi.

"Semua suspek terbabit diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Peraturan 11 (3) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Dalam pada itu, Mohamad Farouk berkata, orang awam diberi amaran dan diingatkan supaya mematuhi syarat PKP sedang dikuatkuasakan pada masa ini bagi mengelakkan dikenakan tindakan undang-undang.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!