Pandemik Covid-19 tidak jejas sektor pertanian

Perkhidmatan mekanisasi dan automasi ladang yang disediakan melalui PP khususnya PPN Jentera menggalakkan para peladang menggunakan jentera ladang secara intensif bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran pertanian, mengurangkan penggunaan tenaga manusia dan meningkatkan daya saing produk pertanian.
Perkhidmatan mekanisasi dan automasi ladang yang disediakan melalui PP khususnya PPN Jentera menggalakkan para peladang menggunakan jentera ladang secara intensif bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran pertanian, mengurangkan penggunaan tenaga manusia dan meningkatkan daya saing produk pertanian.
A
A
A

PENULARAN wabak virus Covid 19 memberikan kesan kepada ekonomi negara. Demi membantu masyarakat peladang, LPP telah menerima jumlah peruntukan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) keseluruhan sebanyak RM62 juta pada tahun 2020.

Peruntukan sebanyak RM4.79 bilion yang disalurkan kepada MAFI menerusi Belanjawan 2021 juga bakal memberi manfaat kepada peladang terutama dalam keadaan negara berdepan situasi sukar akibat penularan Covid-19.

Aktiviti pertanian dikategorikan sebagai essential services yang diteruskan untuk memastikan bekalan komoditi pertanian terutamanya getah dan kelapa sawit serta bekalan makanan seperti sayur-sayuran, hasil ternakan, perikanan tidak terjejas.

Jika diimbas ketika awal penularan pandemik Covid-19, berlaku kerugian kepada mereka yang terlibat dengan aktiviti tanaman kerana terdapat lambakan sayur-sayuran yang terpaksa dibuang disebabkan tiada pembeli.

Terdapat salah faham di jaringan pembekal dan pengedar di mana semua aktiviti pengangkutan penghantaran hasil pertanian telah terhenti. Namun, masalah tersebut telah diatasi dan aktiviti berjalan seperti biasa bagi memastikan pembekalan hasil pertanian mencukupi.

Bagi memastikan kelangsungan bekalan dan mempercekapkan pengedaran bekalan makanan negara, sepanjang tempoh PKP, LPP telah melaksanakan konsep jualan dan pengedaran melalui Pasar Segar Terkawal (PST).

PST ini mendapat perhatian dan tumpuan di kalangan penduduk setempat kerana memasarkan barangan basah dan segar seperti ayam, daging, ikan, sayur-sayuran, buah-buahan serta pelbagai produk industri asas tani.

Dalam tempoh PKP Bersyarat dan Pemulihan sehinggalah kepada gelombang ketiga pandemik Covid-19, agenda PST diteruskan oleh pergerakan Pertubuhan Peladang melalui Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian (PPHP) yang terdapat di seluruh negeri.

Artikel Berkaitan:

Pelbagai saluran pemasaran telah diaktifkan bagi membekalkan hasil pertanian. LPP telah mengaktifkan PPHP yang diusahakan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di serata negeri. Kini, sebanyak 165 buah PPHP telah diaktifkan dengan nilai dipasarkan berjumlah RM72.8 juta.

Perkhidmatan jentera juga tidak terhenti. Operator jentera di PPN Jentera telah memainkan peranan dengan memberikan perkhidmatan kejenteraan menuai padi, membajak dan merata tanah sawah sepanjang tempoh ini.

Walaupun dalam tempoh PKP, jumlah perkhidmatan pembajakan telah dilaksanakan seluas 60,455 hektar (37 peratus) daripada 164,726 hektar dan perkhidmatan penuaian dilaksanakan seluas 40,365 hektar (26 peratus) daripada 155,174 hektar di mana telah memenuhi sasaran keperluan perkhidmatan pada tahap 30 peratus.

Keseluruhan Pertubuhan Peladang gigih melaksanakan peranan dalam memastikan kelangsungan bekalan makanan walaupun dalam tempoh PKP.